Kelas Asas Komputer & Email

23 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Di dalam era kemajuan teknologi kini, tugas sesuatu komputer itu di pelbagaikan dan ia menjadi begitu luas pengunaanya kerana ianya bukan sahaja bertindak sebagai sebuah mesin menaip malah ianya menjadi alat penghibur dan penhubung anda dengan dunia luar bagi yang mehendaki ianya berfungsi sebegitu. Dengan sesebuah komputer anda merasakan anda terlalu dekat dengan rakan-rakan anda walaupun pada hakikatnya anda di pisahkan oleh 7 lautan. Inilah yang selalu dikatakan dunia tampa sempadan.

Kelas asas komputer dan email ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan antara asas keperluan untuk membiasakan diri dengan teknologi masa kini. Kelas asas komputer memperkenalkan hardware dan software komputer, mencipta fail dan banyak lagi. Email juga penting untuk setiap orang kerana ia penting untuk berurusan melalui emel kerana dalam dunia pekerjaan, penggunaan emel digunakan dalam seharian. 4 orang peserta menyertai kelas ini dan ia berlansung dari jam 09:30 sehingga 12:30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali